Untuk makluman pihak pengurusan abx, terdapat keraguan dengan perkhidmatan yang dibuat oleh staf abx semporna, sabah. Ini adalah kerana saya tidak pasti adakah ini adalah sistem yang digunapakai oleh perkhidmatan abx ataupun sengaja diada-adakan oleh abx semporna...
1. Mereka menggunakan sistem nombor giliran... Tetapi nombor giliran tersebut sangat terhad... Seawal jam 8:00 pagi nombor giliran dah habis.
2. Sangat sukar untuk dihubungi melalui telepon untuk mendapatkan maklumbalas berhubung dengan barang kita... Menyebabkan kesukaran bagi kita mengetahui samada barangan dah sampai ataupn belum di semporna... Sebab kalau semak dalam sistem hanya sampai tawau sahaja.
3. Mereka lebih mengutamakan perkhidmatan rider berbayar daripada pelanggan yang datang sendiri mengambil barangan...Ini menimbulkan perasaan syak bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam sistem pengurusan mereka.
4. Sikap mereka yang kurang mesra dan kasar kepada pelanggan bila berurusan dan memberikan maklumbalas kepada pertanyaan yang diajukan.
Oleh itu, adalah diharapkan agar pihak pengurusan abx dapat memantau situasi ini seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya demi untuk menjaga nama baik dan imej perkhidmatan abx ini.
Sekian dan terima kasih.
Senarai barangan yang masih tertangguh di pusat kutipan barang ABX Semporna;
TUNTUTAN BARANG DI ABX SEMPORNA
NAMA : MUCTAR BIN JALIL, NO. HP : [protected]
SENARAI NO. TRAKING BARANG
1. LZXLA [protected]
2. LZXLA [protected]
3. LZXLA [protected]
4. MY [protected] A
5. MY [protected] 1
kenapa ABX express semporna terlalu lembab hingga tak dapat selesaikan barang customer😠
Abx courier tolong lah perbaiki kualiti kerja anda semua.. jangan sambil lewa ibarat kucing curi ikan, ikan xdapat.. yg dapat penyapu atas belakang.. teruk betul.. brg x dapat lagi dah claim delivered.. dasar pokemon.. buat la kerja betul2.. cari rezeki biar ikhlas..
Pengeluaran item tanpa rekod approved siapa yg sendang menuntut..
ABX semporna tolong saya tidak dapat trimah sms stau panggilan dari ABX semporna tentang barang saya sebab no telpon saya letak tu terbalik jadi tolong hubungi lh saya ini no saya yang benar [protected] atas nama norhidaya
Layanan semua perkerja ABX terhadap pelanggan sangat teruk, tolonglah kasih nagus attitude dorang. Jangan juga terlampau temberang macam abx bapa dorang punyaa. Dorang layan pelanggan macam dorang layan budak-budak ooo, kalau bukan sebab barang kita, memang tiada mau datang tuh abx semporna