Salam sejahtera, saya mahu membuat aduan terhadap seorang pengurus perempuan membuat satu perbuatan yang kurang sopan dan tidak beradab, boleh dikatakan kurang ajar oleh kerana pengurus perempuan tersebut menengking dan meninggikan suara kepada seorang pekerja lelaki lingkungan umur bawah 20an di depan dining area.pada waktu itu saya sewaktu itu sedang menikmati makan bersama keluarga di dalam pizzahut tersebut yang terletak di Sungai Long. Bagi saya, menengking seorang pekerja itu tidak wajar sama sekali. Pizza hut management mesti ada S.O.P dan budi bicara untuk menangani masalah terhadap pekerja sama ada bercakap secara personal terhadap pekerja tersebut atau sebaliknya yang baik. Perbuatan pengurus perempuan tersebut menjatuhkan maruah pekerja lelaki di khalayak custumer pizza hut dan mencemarkan imej pizza tersebut. Saya harap pihak atasan pizza hut dapat mengambil tindakan yang wajar dan tegas terhadap perbuatan pengurus perempuan tersebut dan menjadikan ia sebagai iktibar serta pengajaran bagi semua staff pizza.