Hi Proton,
Kereta saya kemalangan pada 1/12/2019 dan dihantar ke Proton Edar Glenmarie. Pihak insurance telah meluluskan pada 17/12/2019 dan sampai sekarang 4/2/2020 sudah menunggu hampir 3 bulan kereta masih belum siap. Setiap kali menelefon Proton Edar Glenmarie, alasan yang sama diberikan iaitu alat ganti masih belum diterima. Semalam juga saya menelefon Proton Edar Glenmarie tetapi diminta menunggu lagi beberapa minggu.Saya sungguh kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Proton Edar Glenmarie.