Saya ingin membuat aduan berkenaan SA perodua daripada syarikat Merpati auto service sdn bhd. (Puan rohaya binti abu). Pada tarikh 30.03.2023 saya telah berhubung dengan puan rohaya melalui aplikasi WhatsApp untuk bertanya berkenaan proses jual beli kereta perodua alza.
Pada tarikh 01.04.2023 pula saya telah berjumpa dan berbincang dengan beliau di Merpati Auto Service dan bersetuju untuk membeli kereta tersebut dan telah menjelaskan pembayaran rm100 untuk proses booking. Anggaran yang diberikan kepada saya untuk mendapat kereta tersebut adalah di antara 3-5bulan. Sehingga tarikh 9.5.2023 masih tiada sebarang informasi dan beliau ada memberi pilihan untuk saya menukar kepada SA lain dan memberitahu beliau berada di makkah dan tidak dapat membantu saya untuk check system berkenaan kereta. Pada 9.6.2023 saya telah pergi ke bank Kuwait dan menandatangani dokumen pinjaman kereta di bank berkenaan dan masih belum dapat sebarang informasi berkenaan giliran untuk mendapatkan kereta. 21.6.2023 saya telah bertanya kan sekali lagi berkenaan giliran kereta dan masih tiada jawapan sehingga akhir sekali pada 12.7.2023 saya bertanya berkenaan kereta beliau memberitahu akan bertanya dengan pengurus beliau dan akan memberitahu saya. Sehingga tarikh 02.10.2023 saya masih tidak menerima apa apa update daripada beliau dan loan saya jugak telah tamat tempoh nya dan menyulitkan saya untuk memberi lagi sekali dokumen bank dan menunggu.
Diharap pihak tuan dapat membantu saya dalam hal ini dan menyelesaikan masalah yang saya hadapi dan diharap puan rohaya dapat mengambil hal ini sebagai satu tanggunjawab terhadap pelanggan pelanggan yang percaya dengan beliau.
Terima kasih